Merancang dan membentuk pakej yang
saksama dan adil sama ada secara dalaman atau luaran adalah amat penting bagi
semua jenis organisasi. Ini adalah kerana kadar bayaran upah yang terlalu
tinggi dan pakej faedah yang berlebihan akan mengakibatkan kos yang mahal atau
keadaan sebaliknya mungkin akan menghasilkan mutu kerja yang rendah dan
pertukaran yang tinggi. Sekiranya gagal, ia akan menjejaskan moral pekerja.
Namun apa yang lebih penting adalah persefahaman di antara organisasi dan pekerja
untuk berganding bahu demi mencapai objektif dan matlamat organisasi untuk
terus berkembang demi kebaikan kedua belah pihak.
Selain
itu, pengurus juga perlu bijak dalam mengeksploitasi segala maklumat yang
diperoleh berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Sebarang
masalah yang telah dikenalpasti dan maklumat yang diperoleh perlu dianalisis
dan diselesaikan dengan melibatkan bersama pekerja yang terlibat secara
langsung dalam program keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pelbagai program
latihan perlu dijalankan bagi memastikan setiap pekerja sentiasa bersedia dan
bebas dari keselamatan dan ancaman kesihatan.
Akhirnya,
perkembangan teknologi telah membawa senario baru dalam proses latihan dan
pembelajaran yang digunakan hanya di atas talian. Ia banyak mendatangkan
munafaat dan kebaikan jika ianya sentiasa dianggap positif. Selain menjimatkan
masa dan kos, kaedah pembelajaran ini mampu membawa pengurusan sumber manusia
ke satu dimensi baru yang memudahkan semua pihak yang terlibat.
No comments:
Post a Comment