Pengurusan perekrutan
dan pemilihan pekerja merupakan aspek yang penting dalam menentukan kejayaan
organisasi. Organisasi yang membuat perekrutan yang tepat, betul dan sistematik
akan memberi pulangan yang tinggi dan seterusnya membawa kejayaan yang
berpanjangan kepada organisasi. (Ab
Aziz Yusof (2006)
Selain itu, memang
tidak dinafikan bahawa bidang teknologi dan sistem maklumat telah memainkan
peranan yang signifikan dalam kejayaan sesebuah organisasi. Melalui penggunaan
teknologi maklumat, organisasi dapat
meningkatkan pencapaian prestasi pasukan kerja dalam sesebuah organisasi dan
membantu menangani masalah-masalah dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
organisasi.
Reputasi
organisasi juga bergantung pada penilaian prestasi yang berkesan, walaupun
tidak dapat dinafikan terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi
reputasi organisasi tersebut. Ia akan membawa kepada kepuasan pekerja, motivasi
yang tinggi, pengurangan dalam ketidakhadiran, meningkatkan produktiviti,
peningkatan dalam kualiti produk dan meningkatkan reputasi sesebuah organisasi.
Sumber:
1.Ab
Aziz Yusof (2006), Pengurusan Sumber Manusia-Konsep,Isu dan Pelaksanaan,
Pearson,Prentice Hall.
No comments:
Post a Comment