Keselamatan dan kesihatan pekerjaan
merupakan salah satu aktiviti pengurusan sumber manusia yang penting berperanan
untuk memberi perlindungan kepada pekerja daripada kecederaan dan kemalangan
semasa menjalankan kerja. Isu-isu yang perlu diberi perhatian oleh pengurus
sumber manusia dalam memastikan pekerja dapat bekerja dengan cekap dan
produktif melalui persekitaran kerja yang selamat dan sihat bagi pekerja.
Goetsch,(1999)
menyatakan keselamatan dan kesihatan adalah dua konsep yang berlainan namun
mempunyai kaitan diantara satu sama lain. Keselamatan terbahagi kepada dua
bahagian penting iaitu bebas dari kemalangan dan kecederaan serta kawalan ke
atas kehilangan atau kerugian yang berpunca dari kemalangan (Bird dan
Germain,1989;Jackson,2000). Selain itu, kesihatan pula menekankan hubungan
dengan kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan yang berlaku di tempat kerja
(Goetsch,1999)
MATLAMAT
AKTIVITI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Keselamatan dan
kesihatan pekerjaan sangat penting kerana ia suatu pendekatan yang mengkaji
hubungan antara pekerjaan, kesihatan dan keselamatan serta kesan sesuatu
pekerjaan terhadap pekerja. Ia akan menyediakan maklumat mengenai tanggungjawab
pekerja dan pengurus dalam membangunkan persekitaran kerja yang selamat. Antara
matlamat lainnya ialah:- (Ab Aziz Yusof
(2006), Pengurusan Sumber Manusia-Konsep,Isu dan Pelaksanaan, Pearson,Prentice Hall.)
a) Mendapatkan
maklumat prestasi individu untuk melihat sejauh mana ia selari dengan prosedur yang
dikehendaki
b) Menurunkan
potensi dan risiko kemalangan di tempat kerja
c) Mendapatkan
maklumat mengenai mana-mana individu yang perlu diberikan ganjaran akibat
daripada melaksanakan kerja dengan selamat dan efektif
d) Mendapatkan
maklumat mengenai mana-mana individu yang masih perlu diberikan program latihan
dan pemantapan diri.
STRATEGI
MENANGANI ISU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA
Organisasi
hendaklah sentiasa mengambil tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja dengan mempromosikan
isu keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. Terdapat beberapa tindakan
yang boleh diambil oleh majikan antaranya:
a) Menggubal Polisi Keselamatan dan
Kesihatan Pekerja.
Organisasi
yang mementingkan keselamatan dan kesihatan pekerja akan menetapkan satu polisi
untuk berhadapan dengan masalah ini. Polisi yang dibentuk kebiasaannya
mempunyai piawai yang sama dengan apa yang dikehendaki oleh undang-undang.
Menurut Goetsh, (1999) jika organisasi mahu mempromosikan keselamatan dan
kesihatan, terlebih dahulu organisasi mestilah menyediakan satu polisi yang
jelas. Maka menjadi tanggungjawab pengurus untuk mengkomunikasikan dan
memastikan polisi-polisi yang telah disediakan dijadikan amalan dalam
menjalankan tugas-tugas harian. (
David L. Goetsch (1999, Paperback), The Safety and Health Handbook )
b) Menggalakkan Penglibatan Pekerja.
Terdapat
“rule of management” yang dikemukakan
oleh Goetsh,(1999) iaitu “if you want
employees to make a commitment, involve them from the start”. Pernyataan
ini boleh diaplikasikan oleh pengurus dalam melaksanakan program keselamatan
dan kesihatan. Goetsh,(1999) percaya bahawa melibatkan pekerja dalam program
ini adalah satu strategi yang paling efektif untuk mendapatkan komitmen pekerja
yang akan menjadikan program ini sebagai program milikan bersama.( David
L. Goetsch (1999, Paperback), The Safety and Health Handbook )
c) Latihan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja.
Latihan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah satu cara yang berkesan dalam
membantu mempromosikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Pengurus
boleh memberi latihan kepada pekerja baru dalam program orientasi dan biasanya
latihan ini bermatlamat untuk mewujudkan kesedaran yang mendalam mengenai
keselamatan dan kesihatan pekerja. Pelan latihan yang dianggap berjaya mesti
mempunyai elemen-elemen yang berikut:
- latihan mesti diberi kepada semua
peringkat dari pengurus sehingga pekerja bawahan.
- latihan mesti diberi kepada pekerja
baru dalam semua tahap.
- mengenalpasti risiko yang wujud dalam
kerja dan membekalkan pengetahuan kepada pekerja mengenai risiko yang bakal
dihadapi.
- mengawasi program dan memastikan
objektif yang telah ditetapkan tercapai.
- merekodkan dan membuat catatan
terhadap semua kejadian yang tidak diingini yang telah berlaku
Sumber:
1. Ab Aziz Yusof
(2006), Pengurusan Sumber Manusia-Konsep,Isu dan Pelaksanaan, Pearson,Prentice Hall.)
2. David L. Goetsch (1999, Paperback), The
Safety and Health Handbook